Monday 18 July 2011

tazkirah jumaat by: ustazah Nurdiana bt Mat zain

Nisfu sya’aban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda  dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda  berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Wallahu a’lam….

Sunday 10 July 2011

kebersihan sebahagian drp Iman...

 TAZKIRAH JUMAAT by:USTAZAH SARIMAH SAID
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”
 Riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :
1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’)
a) pahala pada kebersihan – berganda sehingga separuh pahala iman.
b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.
c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki iman itu ialah solat.
d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ – menghapuskan dosa-dosa kecil.
2. Galakkan mengingati Allah ;

Pengajaran hadis:
(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada iman.
(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

Friday 1 July 2011

1 Murid 1 Sukan

1 Murid 1 Sukan…..2/7/2011 semua murid seluruh Negara akan berlari sempena menjayakan program 1murid 1sukan….sk taman tuanku jaafar 2 pon akan berlari menjayakan program 1murid 1sukan…..jom lariiiiii…..kepada ustazah2 semua jangan nk ngelak ea....lari jerrrr...huhuhuu